Ketua Pegawai Eksekutif MTC, Datuk Dr. Abdul Rahim Nik berkata, MTC juga bakal membuka ibu pejabat serantau baharu di India yang akan berfungsi sebagai pusat rujukan bagi misi pemadanan perniagaan di India dan negara-negara sekitarnya.

Beliau berkata, sebagai menyokong inisiatif perindustrian kayu-kayan di Malaysia, MTC akan turut mengadakan seminar pemasaran bagi mengukuhkan kehadiran Malaysia di pasaran kayu-kayan global.

Katanya, seminar pemasaran MTC 2017 yang akan diadakan pada 18 April di sini bakal menghimpunkan enam pemain industri terkemuka dari China, India, Eropah, Afrika Selatan serta Filipina bagi berkongsi pengalaman dan perkembangan terkini pasaran kayu-kayan global.

“Bertemakan Unju­ran Pasaran Global Kayu-kayan dan Peluang Eksport Produk dan Perabot Malaysia, seminar tersebut disasarkan untuk memberi pendedahan kepada ahli MTC mengenai data pasaran terkini serta peluang untuk mengembangkan pasaran eksport mereka.

“Ia juga akan menjadi platform untuk ahli-ahli industri berkongsi idea dan pengalaman,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, adalah penting bagi MTC untuk terus melibatkan diri dengan rangkaian yang lebih luas serta mengikuti perubahan, cabaran dan peluang dalam industri.

“Kementerian Perusahaan Per­-
ladangan dan Komoditi me­nyasarkan pertumbuhan eksport lima hingga lapan peratus tahun ini dan seminar pemasaran yang dianjurkan kali ini adalah satu ini­siatif yang sangat baik bagi menghubungkan peserta industri.

“Ia juga berperanan membantu mereka membuat keputusan yang lebih bijak ke arah meme­nuhi objektif industri,” katanya.