Orang ramai mula membanjiri Dataran Temerloh sejak pukul 7 pagi bagi menghadiri program itu yang akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

MSAM 2017 yang bertemakan ‘Pelaburan 360 PNB’ memuatkan pelbagai aktiviti pendidikan pelaburan dengan matlamat memperkasakan pengetahuan masyarakat tentang pelaburan dan perancangan kewangan.

Antara pengisian program MSAM 2017 ialah Jejak Pelabur Bijak oleh Maybank, Simposium Usahawan PNB-MIDF, dan Seminar Khas Kewangan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). - UTUSAN ONLINE