Pengerusi PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, masyarakat sekitar daerah ini dilihat gembira dengan penganjuran program itu termasuk dapat bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang merasmikannya semalam.

Beliau berharap lebih ramai pengunjung dapat memeriahkan MSAM 2017 terutama pada Sabtu dan Ahad ini.

“Pelbagai aktiviti diadakan termasuk program sampingan seperti ‘MNRB Ringgit Savvy’,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE