Berdasarkan kea­daan semasa, ku­aliti pinjaman perumahan dengan nisbah pinjaman kepada nilai (LTV) adalah paling berisiko.

Katanya, hal ini berikutan tindakan kerajaan membekukan­ sementara projek pembangunan hartanah ber­nilai RM1 juta ke atas.

“Kami difahamkan 20 hingga 30 peratus daripada gadai janji bank yang dinilai oleh Moody’s di Malaysia setiap tahun mempunyai nisbah LTV sebanyak 90 peratus atau lebih tinggi pada masa permulaan.

“Kami percaya penggantungan pembangunan hartanah baharu tidak akan memperbaiki lebihan bekalan dalam tempoh lima tahun akan datang lebih-lebih lagi projek hartanah itu memasuki pasaran,” katanya dalam unjuran kredit yang dikeluarkan di sini hari ini.

Pada 20 November lalu, kerajaan membekukan­ sementara projek pembangunan hartanah ber­nilai RM1 juta ke atas untuk mengelak daripada mengalami kesan lebih teruk kepada ekonomi negara pada masa depan.

Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, keputusan itu dibuat Kabinet pada 1 November lalu selepas mengambil kira isu kemerosotan pasaran hartanah yang me­nyaksikan semakin ramai pembeli tidak mampu memiliki rumah ke­rana dijual pada harga terlalu tinggi.

Moody berkata, jumlah hartanah yang belum dijual di Malaysia telah meningkat dengan ketara dalam tempoh tiga tahun yang lalu dan dijangka terus meningkat.