Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Wan Mohd. Fadzmi Wan Othman (gambar) berkata, perkara itu berpunca dari peningkatan jumlah penduduk dunia dan kecenderun-
gan pemilihan makanan dalam kalangan kelas pertengahan kepada makanan bernilai tinggi.

“Agrobank sentiasa komited untuk menyokong perniagaan pertanian yang berdaya maju, selain menumpukan kepada pengunaan teknologi dan inovasi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Di Malaysia, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani terus berusaha dalam memastikan keselamatan makanan menerusi peningkatan kadar sara diri (SSL) dan eksport produk makanan halal ke pasaran global.

Menurut Wan Mohd. Fadzmi, industri makanan halal dianggarkan bernilai sebanyak AS$632 bilion (RM2.65 trilion) atau 16 peratus daripada keseluruhan industri makanan global.

Bagi rangkuman kewangan pula, Agrobank terus meningkatkan jangkauan dengan menyediakan akses kepada pelbagai perkhid­matan kewangan berkua­liti pada kadar pembiayaan yang berpatutan dan kompetitif.

“Kebelakangan ini, Agrobank memfokuskan pembangunan produk inovatif bagi kumpulan sasaran seper­ti pembiayaan ‘Paddy-i’ untuk menampung pendapatan bermusim petani dan pembiayaan khas bagi orang kurang upaya iaitu AgroBakti,” katanya.

Katanya, selain tawa­ran produk pembiayaan itu, Agrobank juga menumpu­kan perkhidmatan kepada masyarakat terutama di kawasan luar bandar dengan lebih 71 peratus cawangan dan kiosk berope­rasi di kawasan terbabit.

Tambah beliau, Agrobank juga dalam proses untuk membangun­kan pembiayaan mikro bagi kumpulan B40 kepada ia akan membantu memperkasa petani kurang berkemampuan sekali gus me­ningkatkan pengeluaran makanan dan taraf ekonomi.