BIMB berkata, Mohd. Muazzam menyertai bank berkenaan pada 11 Mei 2015 dan memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Kewangan sebelum dilantik sebagai Pemangku CEO susulan perletakan jawatan Khairul Kamarudin pada 20 Julai 2018.

“Beliau memiliki pengalaman selama 22 tahun dalam bidang audit, kewangan dan perundingan dan telah memainkan peranan utama dalam halatuju strategik bank, pengurusan modal dan lembaran imbangan, kewangan korporat, kredit, perletakan pasaran, perancangan dan kawalan kewangan serta pentadbiran am,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE