Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Amirudin Abd. Kadir berkata, Pulsar Dareventure diperkenalkan oleh Bajaj pada 2014 dan telah bersiaran di beberapa negara seperti Nepal, Sri Lanka dan Peru.

Menurut beliau, Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tenggara yang akan menyiarkan program tersebut melalui saluran YouTube Modenas.

“Rancangan ini memberi tumpuan kepada ciri-ciri utama motosikal Modenas Pulsar NS200. Sebanyak 10 peserta dari seluruh negara telah dipilih untuk menempuhi cabaran yang ditetapkan.

“Pulsar Dareventure memberi peluang kepada peminat sukan bermotosikal untuk merasai pengalaman unik di Malaysia. Tayangan program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan yakin kejayaan sama turut dicapai di negara ini,” katanya dalam majlis pelancaran Pulsar Dareventure di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE