Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Misi Johor tarik pelaburan robotik

Mohamed Khaled Nordin (dua dari kanan) menunjukkan lokasi projek
Mohamed Khaled Nordin (dua dari kanan) menunjukkan lokasi projek menaik taraf Lebuh Raya Pasir Gudang Fasa 2A dan Jambatan Sungai Plentong di Kampung Cina Plentong, Johor Bahru, semalam. utusan/ Baazlan Ibrahim.

JOHOR BAHRU 6 April - Kerajaan negeri berhasrat meneroka bidang robotik bagi meningkatkan lagi pembangunan dan kemajuan yang sedang giat dilaksanakan di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya bakal mengadakan lawatan kerja selama lima hari bermula 12 April ini ke Shanghai, China bagi tujuan tersebut.

Beliau berkata, lawatan ber­kenaan turut melibatkan perbincangan dengan sebuah syarikat robotik di Shanghai bagi menarik mereka membuat pelaburan di negeri ini.

“Perbincangan tentang pelaburan tersebut kini berada pada peringkat akhir dan pertemuan dua hala seperti ini mampu memberi keyakinan kepada mereka untuk membuat pelaburan di sini.

“Antara aspek yang akan di­bincangkan dalam pertemuan itu nanti termasuk kestabilan sosio-politik setempat, kemudahan infrastruktur serta tenaga kerja tempatan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri taklimat perkembangan projek menaik taraf Lebuh Raya Pasir Gudang Fasa 2A dan kerja menaik taraf Jambatan Sungai Plentong di Kampung Baru Cina Plentong, Masai, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Jabatan Kerja Raya negeri, Ir. Mohamad Salleh Abu Bakar; Datuk Bandar Johor Bahru, A. Rahim Nin dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Hasrin Kamal Hashim.

Mohamed Khaled berkata, kerajaan negeri sentiasa bersifat memilih dalam membawa masuk pelaburan asing ke negeri ini supaya memberi manfaat kepada rakyat.

“Ini kerana matlamat pelaburan bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan ekonomi negeri, malah juga ekonomi dan taraf hidup masyarakatnya," tegasnya.

Mengulas tindakan kerajaan China mengetatkan polisi pemilikan hartanah asing bagi rakyatnya, Menteri Besar yakin perkara itu tidak akan menghalang pembangunan projek perumahan yang dibangunkan pemaju dari negara berkenaan di negeri ini.

“Ini kerana projek perumahan seperti Forest City tidak hanya menyasarkan pembeli dari China sahaja, tetapi pembeli dari seluruh dunia,”katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain