Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl berkata, MINI Countryman Plug-In Hybrid Wired dan MINI Cooper S Countryman terbaharu menampilkan pelbagai kecanggihan inovasi termasuk MINI Connected generasi terbaharu dengan teknologi SIM 4G.

Beliau berkata, dengan penawaran keupayaan keterhubungan dan servis peribadi menyeluruh, MINI Connected akan meningkatkan tahap keselamatan dan kemudahan, menawarkan informasi terkini serta kualiti hiburan yang tinggi serta membo­lehkan warga MINIacs kekal terhubung walaupun ketika mereka berada di atas jalan raya.

Ciri-ciri yang ditawarkan, katanya, meliputi Panggilan kecemasan Pintar, TeleServices, MINI Online, Servis Rencam MINI, Apple CarPlay tanpa wayar, Servis Jarak Jauh dan Servis eDrive (eksklusif untuk MINI Countryman Plug-In Hybrid Wired).

“Pada 2018, Malaysia menjadi tunggak utama di rantau Asia Tenggara dengan tugas pemasangan MINI Countryman di peringkat tempatan. Lanjutan daripada kejayaan cemerlangnya dan sejajar dengan strategi elektrifikasi, kami juga telah memperkenalkan varian Hibrid Plug-In untuk mendemonstrasikan komitmen kami terhadap pembentukan masa hadapan bagi industri automotif Malaysia dengan Mobiliti Elektro,” katanya dalam ke­nyataan di sini hari ini.

Tambah beliau lagi, kenderaan aktiviti sukan (SAV) premium yang versatil serta varian relektriknya juga telah menjadi penyumbang utama kepada prestasi MINI.

Beliau berkata, MINI telah membuat penghantaran bagi 1,200 buah kenderaan pada tahun lalu dan ia merupakan pertumbuhan sebanyak 19 peratus berbanding pencapaian yang dicatat pada 2017 iaitu sebanyak 1,011 buah kenderaan.