Pengerusi Mines 567, Tan Sri Lee Kim Yew berkata, Unicorn Wallet dibangunkan dengan kerjasama syarikat teknologi Crypto S11 Digital Pte. Ltd.

Katanya, buat masa ini Unicorn Wallet masih dalam peringkat ‘beta’ dan penggunaannya akan diuji oleh beberapa pengguna terpilih untuk tempoh selama enam bulan.

“Kami akan bekerjasama rapat dengan pihak-pihak berkuasa untuk memastikan Malaysia mendapat manfaat daripada teknologi blockchain dan mata wang kripto bagi memacu ekonomi ke satu tahap baharu yang lebih tinggi,” katanya pada majlis pra pelancaran Unicorn Wallet di sini hari ini.

Kim Yew berkata, Unicorn Wallet menyokong transaksi masa nyata serta rentas sempadan dan pertukaran mata wang kripto dengan maklumat pengguna yang dijamin selamat selain boleh digunakan. -UTUSAN ONLINE