Nilainya yang besar mence­cah ratusan juta masih belum memadai untuk berpuas hati setakat itu, tetapi yang penting potensi untuk berkembang de­ngan lebih jauh lagi perlu dilaksanakan.

Walaupun terdapat banyak cabaran dalam menjadikan ekonomi internet terutamanya di Asia Tenggara berkembang, peranan profesional yang berbakat amat diperlukan terutamanya daripada golongan wanita.

Satu penyelidikan yang dikeluarkan oleh Nielson pada 2017 menyatakan bahawa 47 peratus pengguna internet adalah wanita. Sehingga suku pertama 2018, Jabatan Perangkaan Malaysia menyatakan bahawa 48 peratus daripada penduduk negara adalah wanita.

Oleh itu, pandangan keseluruhan pengguna teknologi perlu dipertimbangkan apabila mencipta servis atau produk untuk e-dagang. Kemajuan teknologi mempunyai kuasa untuk mempengaruhi serta memudahkan cara hidup dan untuk menjadikannya realiti, minda daripada pelbagai demografi perlu dipertimbangkan dalam penciptaannya untuk memaksimumkan keberkesanan kepada pengguna.

Ia amat mustahak bagi sesuatu industri untuk mempertimbangkan semua aspek dan input daripada masyarakat dan ia tidak adil sekiranya keputusan dibuat dengan mengambil kira sebahagian sahaja daripada mereka. Oleh itu, bilangan jantina yang seimbang untuk mewakili keputusan syarikat adalah penting bagi memajukan serta memudahkan mereka yang menggunakan teknologi.

Oleh demikian, apakah yang perlu dilakukan untuk menarik lebih banyak wanita terlibat di peringkat pengurusan tertinggi dalam industri e-dagang?

Jurucakap Facebook Indonesia berkata, bahawa syarikat digital perlu beralih daripada proses pengambilan pekerja tradisional untuk mengamalkan gaya yang lebih berkesan dalam melantik pekerja baharu.

Menyelesaikan masalah ini akan merangkumi proses pemantauan semula dan harapan dalaman untuk mengutamakan calon yang ada motivasi diri serta berkesan dalam penyelesaian masalah dan konflik.

Ini bermakna meletakkan kepentingan yang lebih rendah pada jantina serta kemahiran dan pengetahuan khusus industri. Perekrut daripada sektor digital harus melabur sumber mereka untuk latihan kakita­ngan dengan nilai kerja yang baik.

Beri tumpuan pada pendidikan, pengalaman

Syarikat-syarikat yang me­nyambut kepelbagaian ini hanya boleh dilakukan dengan mewujudkan persekitaran yang lebih inklusif untuk semua. Anu Mandapati, Pengasas IMPACT Leadership for Women menyatakan bahawa langkah awal untuk mewujudkan budaya ini adalah untuk memberi tum­puan terutamanya kepada pendidikan dan pengalaman dalam proses pengambilan pekerja, menawarkan gaji berdasarkan kadar pasaran dan bukannya sejarah gaji dan hasil yang memuaskan yang dicapai, bukannya jam bekerja.

Memainkan peranan besar dalam mewujudkan ruang yang mana peranan lelaki dan wanita boleh berkembang adalah pen­ting untuk komuniti perniagaan. Pelabur juga boleh memberi impak positif terhadap kesaksamaan wanita dengan melabur dalam syarikat yang boleh membentuk kepelbagai­an.

Malah, kepelbagaian dapat memberikan kelebihan daya saing ke atas perniagaan dan ini harus dilihat oleh para pelabur. Pasukan kepemimpinan dengan pelbagai kaum akan mewujudkan ruang untuk lebih banyak kepelbagaian dalam pemikiran, perspektif, pendidikan, dan kepakaran, menjadikannya sa­ngat bermanfaat untuk perbincangan dan proses membuat keputusan.

Wanita hargai syarikat yang fleksibel

Menurut tinjauan oleh InHerSight, wanita menghargai syarikat yang dapat memberikan mereka fleksibiliti yang diperlukan untuk menyesuaikan gaya hidup mereka. Ini penting kerana antara perbezaan terbesar bagi tenaga kerja lelaki dan wanita ialah perbezaan dalam fizikal. Dengan keupayaan untuk menjaga kanak-kanak, wa­nita sering mengalami ketidaksamaan di tempat kerja kerana jangkaan hasil kerja oleh kaum itu sama dengan lelaki.

Kajian berasingan oleh Vox mendedahkan bahawa pendapatan wanita biasanya menurun setelah mempunyai anak. Oleh itu, bagi menjaga wanita dalam tenaga kerja, adalah penting untuk syarikat menyokong wanita semasa bersalin dan mendorong mereka untuk kembali bekerja.

Jeremy Chew adalah Ketua Pemasaran Kandungan di iPrice Group Malaysia (https://iprice.my)