Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBSB, Datuk Seri Ahmad Zaini Othman berkata, pinjaman itu akan dapat menambah baik ekosistem vendor TM secara keseluruhan.

“Ia akan memberi peluang kepada vendor TM untuk meningkatkan keberkesanan dan skala perniagaan mereka seterusnya menjadikan syarikat lebih berdaya saing serta kukuh,” katanya ketika berucap dalam majlis menandatangani kerjasama di antara MBSB dan TM di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE