Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

MBA 2017: DPMMKL rai syarikat cemerlang

Shahrizat Abdul Jalil (duduk barisan depan,enam kiri) bergambar 3
Shahrizat Abdul Jalil (duduk barisan depan,enam kiri) bergambar bersama penerima-penerima anugerah Malaysian Business Awards 2017 di Kuala Lumpur, baru-baru ini. utusan/AZLAN HADI ABU BAKAR

KUALA LUMPUR 12 Mac - Dewan Perniagaan Me­layu Malaysia Kuala Lumpur (DPMMKL) memberi penghargaan kepada individu dan syarikat-syarikat cemerlang dalam majlis Malaysia Business Awards 2017 (MBA 2017) yang diadakan Khamis lalu.

Pemangku Yang Dipertua DPMMKL, Don Nazwim Don Najib berkata, pihaknya mengiktiraf sumbangan serta peranan penting yang dimainkan oleh individu atau syarikat dalam membantu pembangunan negara melalui sektor berteraskan ekonomi.

Kata beliau, pihak­nya berbangga kerana dapat memberikan penghargaan kepada para pemenang di atas kemam­puan mereka untuk mengekalkan pencapaian ter­tinggi walaupun negara berhadapan persekitaran ekonomi yang kurang memberangsangkan.

“Para pemenang telah membuktikan bahawa mereka bersedia untuk bersaing dan layak dinobat sebagai pemenang kerana masih mampu mengharungi dunia perniagaan yang mencabar.

“Individu-individu ini wajar dijadikan contoh dan inspirasi kepada usahawan tempatan untuk mencabar kemampuan mereka bersaing di peringkat global dan membantu mempromosi Malaysia ke persada antarabangsa. Kami melihat MBA 2017 sebagai satu platform untuk memberi penghargaan kepada mereka yang telah memberi impak dan usaha yang dapat membantu menaikkan nama negara,” katanya dalam Maj­lis MBA 2017 di sini Khamis lalu.

Yang turut hadir Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas, Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

MBA 2017 yang dianjurkan oleh DPMMKL buat kali ketujuh menyaksikan 21 pemenang me­nerima anugerah masing-masing dalam pelbagai kategori.

Pengerusi Eksekutif Dewina Holdings Sdn. Bhd., Datuk Seri Ibrahim Ahmad Badawi menerima anugerah utama MBA 2017, Pencapaian Sepanjang Hayat, sementara Tan Sri Arshad Ayub menerima Anugerah Legasi MBA 2017.

Dalam pada itu, Utusan Me­layu (M) Berhad turut menerima Anugerah Penghargaan yang diwakili oleh Timbalan Ketua Pe­ngarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad.

Syarikat peruncit tekstil, Jakel Trading Sdn. Bhd. (Jakel) me­nerima Anugerah Kecemerlangan Industri bagi kategori runcit, sementara Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel menerima Anugerah Usahawan Tahunan.

Bagi Anugerah Kecemer­langan kategori Teknologi Hijau dianugerahkan kepada Concord Green Energy Sdn. Bhd. manakala Ekuiti Nasional Berhad menerima bagi kategori Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain