JULIAN LAU
JULIAN LAU 

Menerusi MoU itu, Tanjung Ratna akan menerima pembiayaan berjumlah lebih RM100 juta daripada Maybank yang bersetuju menjadi institusi pembiayaan selepas melihat prestasi syarikat perumahan itu dan sasaran pembeli iaitu bagi pemilikan keluarga.

Ketua Pegawai Eksekutif Tanjung Ratna, Datuk Julian Lau berkata, projek pembinaan Admiral Residence yang kini dalam proses awal 

“Maybank menawarkan pelaburan lebih RM100 juta bagi projek Admiral Residences dan tawaran itu diberikan berdasarkan permintaan tinggi daripada pembeli, selain perumahan ini adalah bagi pemilikan keluarga. 

“Selain Maybank, sembilan bank lain yang turut terlibat sebagai institusi pembiayaan bagi projek perumahan tersebut termasuk CIMB Investment Bank., AmBank Berhad, Affin Bank Berhad, OBCB Bank dan RHB Investment Bank,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis menandatangani MoU antara kedua-dua pihak terlibat di pejabat jualan Tanjung Ratna di Taman Kota Laksamana Jaya di sini sebentar tadi.

Pada majlis itu, Julian mewakili Tanjung Ratna manakala Maybank diwakili Pengarah Urusan Perbankan Perniagaannya, Jason Wong Seong Kuan. Yang turut hadir, Ketua Pegawai Operasi Tanjung Ratna, Allan Chee. - UTUSAN ONLINE