Syarikat-syarikat yang terlibat dengan penerbitan itu ialah Aeon Credit Service (M) Bhd.; Airasia Group Bhd.; AMMB Holdings Bhd,; CIMB Group Holdings Bhd,; Petronas Chemicals Group Bhd,; Petronas Dagangan Bhd,; Petronas Gas Bhd.; Ranhill Holdings Bhd.; RHB Bank Bhd,; Sapura Energy Bhd.; Supermax Corporation Bhd. dan Top Glove Corporation Bhd..

Maybank IB dalam kenyataan berkata, ia juga mengeluarkan satu waran panggilan penyelesaian tunai gaya Eropah dan satu waran opsyen jual penyelesaian tunai gaya Eropah ke atas FTSE Bursa Malaysia KLCI.

“Waran panggilan dan waran opsyen jual telah disenaraikan pada 10 April lalu dengan saiz terbitan masing-masing sebanyak 100 juta,” katanya di sini hari ini.

Tempoh panggilan 13 waran panggilan dan satu waran opsyen jual adalah lebih kurang 10 bulan. - UTUSAN ONLINE