Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Maybank IB jangka bursa mampu cecah paras 1,800

KUALA LUMPUR 10 Sept. – Bursa Malaysia dijangkakan mencecah paras 1,800 menjelang akhir tahun, dipacu oleh potensi pemulihan dalam pertumbuhan pendapatan korporat selepas tiada pertumbuhan selama tiga tahun, kata Ketua Ekuiti Runcit Maybank Investment Bank (IB) Bhd Lim Chee Kiong.

BANGUNAN BursaMalaysia di Jalan Bukit Kewangan, Kuala Lumpur.

Beliau berkata, pendapatan teras FBM KLCI diunjurkan tumbuh 7.3 peratus pada 2017 dan 7.9 peratus pada 2018.

“Selain itu, bursa tempatan akan disokong oleh peningkatan harga menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU), yang dijang­ka Mei tahun depan serta Bajet 2018 yang akan dibentangkan pada 27 Oktober,” katanya kepada pemberita selepas bengkel unjuran pasaran Maybank IB bagi tempoh separuh pertama tahun ini di sini semalam.

Berdasarkan sejarah, rali akan berlaku menjelang pra-PRU, sehinggalah kepada tarikh PRU diumumkan dan selepas itu akan berlaku sedikit penurunan sebelum kembali tinggi, kata Chee Kiong yang menambah ini merupakan kelaziman pada PRU sebelum ini.

Beliau yang ditanya mengenai penyertaan pelabur asing berkata, aliran dana membabitkan belian bersih berlaku dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, diikuti jualan bersih selama sebulan.

Kemasukan semula dana ­asing secara besar-besaran, dengan jumlah dana asing setakat ini bernilai RM10.8 bilion berban­ding pengaliran keluar sebanyak RM3.1 bilion.

“Kita boleh jangkakan ke­seimbangan pelabur selepas itu, namun ia hanya memberi impak minimum ke atas prestasi bursa,” katanya.

Mengenai pertumbuhan Ke­luar­an Dalam Negara Kasar (KDNK), Maybank IB mengunjurkan pertumbuhan setahun penuh pada 5.5 peratus, disokong oleh penggunaan swasta, pelaburan berpacukan infrastruktur serta pertumbuhan dagangan yang lebih kukuh.

Unjuran utama lain bagi pasaran ialah sentimen pengguna serta pengasingan dan penggabungan serta pengambilalihan.

Mengenai makro ekonomi, tekanan ke atas ekonomi Malaysia semakin tinggi pada awal tahun, yang mencerminkan pemulihan ekonomi, kestabilan mata wang rizab luar selain lebihan akaun semasa yang mampan dan penyepaduan fiskal.

Mengulas mengenai hubu­ngan tegang antara Amerika Syarikat dan Korea Utara, Chee Kiong berkata pasaran menjangkakan kedua-dua negara akan kembali ke meja rundingan.

“Secara umumnya pasaran tidak konsisten. Yang konsisten ialah aset selamat seperti emas, tindakan oleh Korea Utara, retorik oleh Presiden Amerika Syarikat, oleh itu potensi perang tidak tinggi, itulah yang kita lihat pasaran kini kembali tenang,” katanya. – BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain