Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Matrade lancar logo baharu Mihas 2017

MATRADE LOGO
KETUA Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Ir. Dr. Mohd. Shahreen Zainooreen Madros (dua dari kanan) ketika melancarkan logo baharu Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) di Menara Matrade, hari ini.- UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 9 Mac - Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) mengumumkan pelancaran logo baharu Pameran Halal Antarabangsa Malaysia  2017 (Mihas 2017) yang akan berlangsung pada 5 hingga 8 April depan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Ir. Dr. Mohd. Shahreen Zainooreen Madros berkata, pelancaran logo baharu Mihas adalah sebagai simbolik sumbangan pameran berkenaan kepada pertumbuhan industri halal dunia sejak dilaksanakan 14 tahun lalu. 


“Mihas perlu melalui proses penjenamaan semula bagi meningkatkan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan bukan sahaja termasuk pemain industri dari dalam dan luar negara, malah penglibatan orang ramai,” katanya. 


Beliau berkata demikian dalam majlis pelancaran logo baharu Mihas di Menara Matrade, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain