Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Manfaatkan IT, perluas perniagaan

Mohamed Faroz 2
Mohamed Faroz

TEMERLOH 23 April – Lebih 500 peserta Simposium Usahawan anjuran Malaysian Industrial Development Finance Bhd. (MIDF) digesa memanfaatkan teknologi maklumat (IT) untuk me­ningkatkan daya saing perniagaan dimiliki mereka.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu melakukan perubahan dalam ekonomi mo­den dengan menggunakan teknologi digital secara menyeluruh.

Beliau yang merupakan ahli panel simposium itu berkata, peranti pintar dan media sosial me­ngubah dan mempengaruhi operasi perniagaan di negara ini dan di peringkat global.

“Kumpulan Jakel menerusi jenama Ariani turut memanfaatkan perkembangan arus teknologi ini supaya terus kekal relevan dan menarik lebih ramai pelanggan.

“Melalui promosi dalam talian juga akan membuatkan pelanggan datang ke butik bagi membeli produk Jakel mahupun Ariani,” katanya dalam sesi perbincangan bertajuk Tuntutan dan Cabaran Menguruskan Perniagaan dalam Era Digital, di sini hari ini.

Topik lain yang turut dibincangkan bertajuk Usahawan 2.0 – Peluang, Cabaran dan Strategi.

Dalam sesi perbincangan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat­ Ino­vasi dan Kreativiti Global Malaysia (Magic), Ashran Ghazi berkata, komuniti usahawan di negara ini memiliki banyak peluang untuk memajukan perniagaan mereka.

Katanya, Magic melancarkan Program Pemacu Global (GAP) de­ngan penyertaan 80 syarikat permulaan tempatan, serantau dan global selama empat bulan yang dijangka bermula pada 4 Julai ini.

“Program ini dapat membantu usahawan Malaysia membuat penyesuaian kepada idea mereka dan membawa konsep mereka ke rantau ini atau lebih jauh lagi.

“Kami menggalakkan sesiapa yang berminat untuk datang ke pameran bergerak dan mengetahuinya dengan lebih lanjut. Ini mungkin menjadi laluan mereka ke satu daripada ekosistem keusahawanan paling menarik di rantau ini,” kata Ashran.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain