Turut serta dalam pe­nerbangan berkenaan ada­lah Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, R. M. Chandran; Penasihat Profesional kepada Kementerian Pelancongan Indonesia, Judi Rifajantoro dan Pengarah Kanan Bahagian Promosi Antarabangsa Amerika, Eropah dan Ocea­nia Tourism Malaysia, Zulkafli Yahya.

Menurut Chandran, Melbourne merupakan destinasi ketiga Malindo Air beroperasi di Australia dengan kekerapan penerbangan setiap hari.

“Bali merupakan antara destinasi popular bagi pengembara di Melbourne. Oleh itu, kami telah menambah laluan perjalanan ke Kuala Lumpur melalui Bali bagi menyediakan lebih pilihan penerbangan dari hub kami di Lapa­ngan Antarabangsa Malaysia Kua­la Lumpur (KLIA).

“Pada masa sama, langkah berkenaan juga menyokong usaha kami untuk menjadikan KLIA sebagai hab transit di rantau ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Chandran, Melbourne tidak asing kepada rakyat negara ini kerana bandar itu mempunyai komuniti masyarakat kelahiran Malaysia selain menjadi destinasi pilihan untuk melanjutkan pelajaran, perniagaan dan bercuti.

Katanya, laluan tersebut pasti menjadi pilihan dalam kalangan ahli keluarga, golongan peniaga dan memacu industri pelancongan.

“Kami menerima maklum balas positif sejak pelancaran jualan tiket pada April lalu dan akan terus berusaha untuk meneroka serta mengukuhkan laluan ke Australia,” ujarnya.

Sementara itu, Judi ber­kata, beliau optimis terha­dap kejayaan laluan baharu itu.

“Kami menghargai ini­sia­tif Malindo Air kerana Malaysia dan Australia me­rupakan sumber pasaran utama kedatangan pelancongan asing dan menjadikan Bali sebagai destinasi popular,” katanya.