Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Ir. Azman Mohd. berkata, kali terakhir Malaysia menganjurkan CEPSI adalah pada tahun 1996 iaitu 22 tahun lalu.


Kata beliau, CEPSI merupakan acara penting kepada CEO, Eksekutif Kanan, jurutera pegawai kerajaan dan pakar dalam sektor tenaga serta elektrik.


“Persidangan ini akan menekankan senario semasa bagaimana industri bekalan elektrik perlu ditransformasikan selaras dengan perkembangan teknologi, kelestarian, perundangan dan kehendak pengguna.


“CEPSI 2018 menjadi medan terbaik untuk menghimpunkan ramai pihak yang berkepentingan bagi berkongsi idea dan visi berkaitan industri ini,” katanya dalam majlis prapelancaran CEPSI 2018 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE