Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Malaysia bersedia eksport hasil perikanan ke Thailand

Ahmad Shabery Cheek melihat ternakan udang semasa lawatan ke Pulau
Ahmad Shabery Cheek melihat ternakan udang semasa lawatan ke Pulau Ko Yo, Songkhla, Thailand, semalam.

SONGKHLA 6 Feb. – Malaysia ber­sedia mengeksport hasil pe­rikanan ke Thailand bagi menampung keperluan industri pemprosesan makanan yang semakin berkembang maju di negara tersebut.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, persepsi yang mengaitkan Malaysia sebagai lokasi pasaran hasil perikanan perlu diubah.

“Pada masa ini, sumber perikanan Thailand sudah tidak mampu menampung keperluan penduduk tempatan dan industri pemprosesan makanan untuk dieksport ke Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

“Selain itu, nilai mata wang yang rendah pada masa ini juga menjadikan Malaysia sebagai negara pilihan untuk mengimport hasil laut,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Songkhla Canning Public Company Limited, Institut Penyelidikan Akuakultur Pesisir Pantai (NICA) dan Projek Sangkar Akuakultur Air Payau di Pulau Ko Yo di sini hari ini.

Menurut beliau, syarat ketat yang dikenakan negara-negara Eropah untuk mengeksport makanan diproses juga memberi pe­luang yang besar kepada Malaysia.

Ahmad Shabery menambah, perkembangan itu secara tidak langsung menarik minat syarikat pengetinan makanan seperti Songkhla Canning untuk mendapatkan bekalan ikan dari Malaysia.

“Dalam pertemuan tadi, mereka menunjukkan minat untuk mengimport kira-kira 4,000 tan metrik ikan tuna dan ikan tongkol daripada kita.

“Saya percaya usaha ini akan mampu meningkatkan pendapatan nelayan dan mengimbangi dagangan kita,” ujarnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain