Menurut syarikat penerbangan tersebut, mulai hari ini sehingga 24 Februari 2019, Travelganza Deals boleh didapati di laman web www.malaysiaairlines.com, aplikasi Malaysia Airlines dan ejen pelancongan terlibat bagi tempoh sah penerbangan sehingga 31 Julai 2019. 

“Semua tambang penerbangan sehala dari KLIA bermula serendah RM129 bagi Kelas Ekonomi dan RM519 bagi Kelas Perniagaan. 

“Destinasi ini termasuklah Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Kuching, Jakarta, Phuket, Manila, Guangzhou, Chongqing, Fuzhou, Hong Kong, Tokyo, New Delhi, Bengaluru, Brisbane, Adelaide dan terbaharu, Kochi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.