ARVED VON ZUR MUEHLEN
ARVED VON ZUR MUEHLEN

Ketua Pegawai Komersial Malaysia Airlines, Arved von Zur Muehlen berkata, kejayaan yang berjaya dicapai itu mengukuhkan lagi hubungan antara Malaysia dan Indonesia yang berkongsi budaya, makanan dan bahasa yang serupa.

Katanya, anugerah tersebut juga merupakan peristiwa penting syarikat dalam usaha untuk terus mencuba pelbagai perkara baharu bagi meletakkan diri sebagai syarikat penerbangan premium.

“Kami kini mengendalikan 49 penerbangan mingguan ke Jakarta, 21 kali seminggu ke Denpasar Bali, 14 kali seminggu ke Medan dan paling baharu menambah penerbangan berjadual tujuh kali seminggu ke Surabaya.

“Oleh itu, Malaysia Airlines ternyata berbesar hati untuk menerima penghargaan ini daripada Yayasan ITTA Indonesia,” kata­nya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pengurus Rantau Asia Tenggara Malaysia Airlines , Yuzrizal Mohd. Yousuf telah mewakili Malaysia Airlines bagi menerima anugerah tersebut.

Malaysia Airlines merupakan satu daripada 160 calon merangkumi 50 kategori dalam anugerah yang mengiktiraf jenama perjalanan dalam industri pelancongan Indonesia itu.

Anugerah yang dianjurkan oleh Yayasan ITTA diadakan bagi menghargai pemain industri pelancongan dan hospitaliti Indonesia yang telah menyerlahkan kualiti selain menjadi contoh bagi industri pelancongan yang semakin berkembang. Mengulas lanjut, von Zur Muehlen berkata, kejayaan tersebut tidak akan dapat dicapai tanpa usaha berterusan dan kerja keras yang sentiasa dilakukan oleh tenaga kerja Malaysia Airlines.

“Kejayaan ini tidak akan menjadi realiti tanpa warga kerja kami yang sentiasa memastikan Malaysia Airlines berada di landasan terbaik ke arah kecemerlangan produk dan perkhidmatan,” ujar beliau.