Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Mahu selesai satu persatu isu FGV - Azhar

FGV
PENGERUSI baharu Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Wira Azhar Abdul Hamid (tengah) beramah mesra dengan Pengarah Besar Felda, Tuan Haji Ab Ghani Mohd Ali (depan, kanan).-UTUSAN/AMIR KHALID

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Pengerusi baharu Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV), Datuk Wira Azhar Abdul Hamid kini memberi fokus untuk menyelesaikan satu persatu isu yang melanda syarikat perladangan sawit itu dan mahu memastikan FGV kembali menumpukan kepada perniagaan terasnya.

Katanya, hal itu menjadi intipati semasa beliau mengadakan mesyuarat pertamanya dengan kakitangan pengurusan tertinggi FGV pagi ini, yang turut disertai oleh Datuk Khairil Anuar Aziz yang kini merupakan pegawai bertanggungjawab mengambil alih peranan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV.

Jelasnya, peningkatan mendadak saham FGV pada sesi dagangan pagi ini sehingga mencecah RM1.71 sesaham juga memberi petunjuk tanda-tanda trend perkembangan sihat syarikat itu sedang berlaku, dan beliau mahu momentum positif tersebut dapat diteruskan.

“Kita ada mesyuarat pagi ini dan kita akan menyelesaikan pelbagai perkara satu persatu. FGV perlu fokus kembali apa yang syarikat sepatutnya buat.

“Pasaran pagi ini pun bagus dan kita mahu perkembangan positif ini diteruskan. Apapun operasi syarikat berjalan seperti biasa terutama bagi memastikan kepentingan pemegang-pemegang saham FGV dilindungi,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu di Menara Felda, Persiaran KLCC di sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai kedudukan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Zakaria Arshad, Azhar menjelaskan perkara itu belum diputuskan dan perlu mengambil sedikit masa bagi mendapatkan nasihat daripada pelbagai pihak sebelum keputusan akhir diumumkan.

Azhar dijangka mengadakan mesyuarat bersama Ahli-ahli Lembaga Pengarah FGV pada petang ini termasuk untuk membincangkan kedudukan Zakaria yang telah menyelesaikan proses siasatan dalaman yang dikenakan terhadapnya hari ini.-UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain