Perolehan suku tahunan juga menurun 28.4 peratus kepada RM50.43 juta daripada RM704.3 juta bagi suku ketiga tahun kewangan 2017.

Bagi sembilan bulan terkumpul setakat tempoh sama, kumpulan itu melaporkan keuntungan bersih sebanyak RM205.6 juta, menurun 24.7 peratus daripada RM273.1 juta setahun lalu.

Lakaran grafik projek M Vertica yang dibangunkan Mah Sing.
LAKARAN grafik projek M Vertica yang dibangunkan Mah Sing. 

Selain itu, hasil turut menurun sebanyak 22.7 peratus kepada RM1.7 bilion daripada RM2.2 bilion bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

“Bulan-bulan sebelum pe­ngumuman Belanjawan 2019 adalah tempoh yang tidak menentu, dengan sebahagian pembeli mengambil sikap tunggu dan lihat untuk membeli terutama hartanah.

“Selepas ketidaktentuan ini, apabila Belanjawan 2019 dibentangkan, ia memberi sedikit cahaya buat pasaran hartanah dengan pelbagai insentif. Mah Sing menjangkakan lebih ramai pembeli akan kembali ke pasaran,” jelas Mah Sing dalam kenyataan di sini hari ini.

Kumpulan itu mencatatkan penjualan hartanah bernilai RM1.22 bilion bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, lebih rendah berban­ding RM1.26 bilion yang dica­tatkan setahun lalu.

Mah Sing berkata, jualan untuk tempoh itu sebahagian besarnya diperolehi daripada pelancaran baharu pada 2018 yang kebanyakannya berharga kurang daripada RM700,000.

“Projek-projek utama yang menyumbang kepada keputusan kumpulan itu termasuk Southville City di KL Selatan, Lakeville Residence di Jalan Kuching, D’sara Central di Sungai Buloh, M Residence dan M Residence 2 di Rawang, M City di Jalan Ampang, di Lembah Klang.

“Ia juga termasuk Ferringhi Residence di Pulau Pinang, The [email protected], Meridin East dan Sierra Perdana di Johor, serta Sutera Avenue di Sabah,” jelasnya.