M Centura merupakan tanah pegangan milik bebas yang menawarkan unit kediaman pada harga RM328,000. 


Pengarah Urusan Kumpulan Mah Sing, Tan Sri Leong Hoy Kum berharap pelancaran galeri jualan dan M Centura dapat memenuhi permintaan rakyat terhadap rumah mampu milik. 


“Selain penduduk di Sentul, kami yakin M Centura akan menarik ramai pembeli yang mahukan rumah moden berhampiran pusat bandar” katanya dalam majlis pembukaan Galeri Jualan M Centura di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE