Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Henry Sum Agung berkata, kejayaan tersebut menunjukkan MACCOPS bukan sahaja meningkat dari segi jumlah pempamer malah telah menunjukkan keupayaan yang lebih menyerlah dengan produk yang pelbagai dari serata dunia.

“MACCOPS kali ini mendapat sambutan luar biasa daripada koperasi tempatan dan luar negara yang mana terdapat 162 gerai termasuk 20 buah koperasi antarabangsa yang tentunya dapat menarik minat orang ramai bagi melanggani produk dan perkhidmatan koperasi.

“Koperasi sewajarnya berusaha gigih bagi mewujudkan rangkaian pemasaran yang boleh dimanfaatkan bagi memajukan koperasi jadi diharapkan semua koperasi di Malaysia dapat meningkatkan usaha untuk mengeluarkan produk dan menyediakan perkhidmatan yang bermutu tinggi serta mampu bersaing di pasaran global,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan upacara penutup MACCOPS 2017 di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Ang­kasa), Mutadho Bahri dan Pengerusi Jawatankuasa Bahagian Perkhidmatan Kepenggunaan, Datuk Kamarudin Ismail. - UTUSAN ONLINE