Seperti wanita lainnya yang menjadi penggemar, bahan itu seakan menjadi koleksi aksesori, apabila pemakaiannya dianggap menyempurnakan penampilan, selain menambah keyakinan diri, dan lebih keselesaan dalam ruang lingkup pergaulan malah menjadi terapi.

Bekas pengurus jualan di hotel terkemuka itu meninggalkan kerjaya tersebut pada tahun 2017 akhirnya memilih bukan sekadar untuk menjadi pengguna tetapi untuk mengongsikan haruman-haruman yang memikat baginya dengan mengeluar dan memasarkan pewanginya sendiri.

Beliau mengasaskan produk Lola Parfum yang setanding jenama antarabangsa dengan campuran pati haruman asli gred premium, memberikan ketahanan baunya melebihi lapan jam, malah tidak mudah susut walaupun berpeluh di dalam cuaca panas.

“Sebelum mengeluarkan produk sendiri, saya membuat kajian di lapangan termasuk penggunaan bahan-bahan, jenis-jenis haruman yang disukai oleh kalangan wanita dan lelaki serta peringkat usia yang disasarkan.

“Juga bagi memastikan harumannya tidak terlalu berat atau tajam, kandungannya tidak meragukan, halal dan boleh dibawa solat,”ujarnya kepada Utusan Online ketika ditemui baru-baru ini.

Dengan memulakan secara kecil-kecilan, memanfaatkan kemudahan laman sosial sebagai promosi dengan memperkenalkan kepada rakan-rakan dan kenalan untuk terlebih dahulu, Lola Parfum dengan harga mampu milik, mula diyakini .

Selain ejen di Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu, kini beliau mula bergerak untuk mewujudkan wakil-wakil jualan di seluruh negara setelah merasakan potensi yang lebih besar walaupun begitu banyak persaingan.

“Lola Parfum menawarkan 100 bauan untuk pilihan daripada aroma klasik kepada trend permintaan semasa, dan sehingga penghujung tahun ini, saya mensasarkan jualan mampu mencecah 8,000 unit dengan harga promosi RM50 seunit.

“Rangkaian haruman ini didatangkan dengan pek yang eksklusif dan mudah dibawa. Ia diperbuat daripada 5 notes utama iaitu woody, fruity, fresh, sweet dan spices.

“Lola Parfum unik kerana 100 peratus organik, tidak mengandungi lemak haiwan malahan mengandungi vitamin C yang bagus untuk kulit dan tidak memberi sebarang alahan terutama pada kulit yang sensitif,” ujarnya.

Bagi memastikan produk ini berada pada tahap yang terbaik, pelbagai penyelidikan telah dibuat dan telah mendapat kelulusan daripada Sirim, Biotech bersama perakuan halal oleh JAKIM.

Mereka yang berminat untuk menjadi ajen memasarkan produk ini boleh menghubungi atau WhatsApp talian 0179661545. - UTUSAN ONLINE