Pengarah Urusannya, Kim Kyutae berkata, pembukaan kedai jenama terbaharu pihaknya itu juga merupakan yang ketiga di negeri ini.

“Pembukaan kedai ini membantu LG untuk berada lebih dekat dengan pelanggannya, sekali gus menawarkan pelbagai produk yang terbaik untuk mereka.

“Harapan kami untuk mengekalkan hubungan baik dengan pelanggan sedia ada selain menjalin lebih banyak hubungan dengan pelanggan baharu,” katanya pada majlis berkenaan sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE