Pengarah Urusannya, Kim Kyutae berkata, cawa­ngan terbaharu itu dibuka di Taman Mount Austin, di sini yang juga merupakan cawangan ketujuh di negeri ini.

“Ini merupakan cawa­ngan yang ke-25 di seluruh negara dan kami me­nyasarkan untuk membuka sekurang-kurangnya lapan cawangan di seluruh negara pada tahun ini.

“Menjadi harapan kami untuk mengekalkan hubungan baik dengan pelanggan sedia ada selain menjalin lebih banyak hubungan dengan pelanggan baharu,” katanya selepas merasmikan kedai tersebut.

Yang turut hadir, Pe­ngurus Besar Jualan LG, Patrick Seow dan Pengarah Urusan Seng Elektrik, Michael Lim.

Kyutae berkata, LG sentiasa berusaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan pelbagai produk kontemporari dan sempurna yang melengkapi kehidupan pelanggan.

Menurutnya, cawa­ngan baharu itu mendapat kerjasama rakan strategik, ia­itu Seng Elektrik yang turut menawarkan lebih 56 jenis produk seperti te­levisyen OLED, Nano Cell UHD, Super UHD, UHD dan LED selain produk premium seperti peti sejuk, mesin basuh berkembar dan penyedut habuk.

Sempena pembukaan cawangan kedai jenama baharu itu, pihaknya turut mengadakan promosi lanjutan jaminan produk selama setahun selain cenderamata istimewa bagi setiap pembelian produk LG bermula hari ini hingga 22 April.

“Untuk tempoh terhad juga, pelanggan berpe­luang membeli barangan terpilih dengan harga yang paling istimewa pada pukul 12 tengah hari hingga 7 malam selama tiga hari bermula hari ini,” tambah Kyutae.