Menurut Nissan, dalam mendapatkan gred tertinggi itu, Leaf dengan pelepasan sifar, dilengkapi dengan teknologi autonomi ProPilot mencatatkan 94.8 mata dalam keselamatan penumpang ketika kemalangan.

“Sebuah ikon Mobiliti Pintar Nissan, Leaf baharu ini dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri kese­lamatan.

“Kereta elektrik 100 peratus ini telah mula dijual di Jepun pada Oktober 2017, dan akan diper­kenalkan di lebih daripada 60 pasaran di seluruh dunia,” jelasnya dalam kenyataan baru-baru ini.

Program itu dianjurkan oleh Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelanco­ngan Jepun bersama Agensi Kebangsaan Keselamatan Automotif dan Bantuan Mangsa.

Ciri-ciri keselamatan yang menyumbang kepada pencapai­an itu termasuk struktur badan yang kukuh, enam beg udara SRS, tempat duduk dengan sandaran kepala dan bingkai belakang, serta tali pinggang keledar dengan keupayaan praketegangan dan pengehad beban.

Nissan memberitahu, Leaf juga melepasi ujian perlindungan kejutan elektrik dalam program penilaian tersebut.

“Ujian itu mengukur ba­gai­mana kende­raan elektrik mampu untuk melindu­ngi pe­­num­pang daripada kejutan elektrik ketika pelanggaran.

“Kereta ini lengkap dengan perlindungan menerusi perkakas bateri, susun atur dan struktur badan, selain peranti potongan automatik elektrik voltan tinggi,” jelasnya.

Mula diperkenalkan pada 2010, Leaf merupakan kenderaan elektrik terlaris di dunia.

Versi baharu hadir dengan beberapa penambahbaikan dari segi teknologi seperti ProPilot bagi pemanduan autonomi laluan tunggal di lebuh raya dan sistem parkir autonomi ProPilot Park.

Ia juga dilengkapi e-Pedal yang membolehkan pemandu kereta itu untuk memecut dan membrek dengan hanya me­ngendalikan pedal pemecut.