Minggu lepas saya telah berkongsi empat petunjuk pen­ting untuk kejayaan e-dagang di Asia Tenggara. Hari ini saya akan berkongsi ciri-ciri lain yang menarik tentang ekonomi digital dan halangan kejayaannya.

Pasaran kurang matang mendapat jualan yang lebih baik

Kadar penukaran mencerminkan kualiti aktiviti pemasaran dan keberkesanan laman web. Kadar penukaran adalah peratusan lawatan web yang menjadi pembelian. Meningkatkan kadar penukaran boleh memberi kesan dramatik pada keuntungan perniagaan.

Menariknya, pedagang dalam talian Vietnam memimpin jalan dengan kadar penukaran 30 pe­ra­tus lebih tinggi daripada purata. Singapura pula memaparkan kadar penukaran tertinggi kedua.

Ini adalah satu statistik yang menarik kerana jika dibandingkan dengan Malaysia dan Singapura, pasaran e-dagang Vietnam sebenarnya kurang matang. Bagaima­napun, peniaga berjaya menarik kadar penukaran yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan negara lain.

Pengguna Malaysia membe­lanjakan purata RM229 dalam setiap pembelian

Saiz bakul adalah satu lagi metrik utama yang sangat mempengaruhi keuntungan perniagaan mana-mana e-dagang. Dalam istilah yang lebih mudah, saiz bakul mengukur jumlah purata yang dibelanjakan untuk setiap pesanan yang dibuat oleh pelanggan.

Singapura mempunyai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per­­kapita tertinggi (RM370,000), kedua ialah Malaysia (RM114,000) manakala Vietnam mempunyai KDNK terendah perkapita (kira-kira RM28,000). Secara relatifnya, peniaga Singapura mencatatkan tertinggi dengan saiz bakulnya bernilai kira-kira RM370, hampir empat kali lebih tinggi dari Vietnam dengan saiz bakulnya iaitu RM94.

Di Malaysia, pembeli dalam talian lebih cenderung untuk membelanjakan sebanyak RM229 secara purata dalam setiap pembelian dalam talian.

Pemindahan bank adalah kaedah pembayaran yang paling popular

Oleh kerana penembusan kad kredit adalah rendah di rantau ini (kecuali Singapura), pemain e-dagang di Asia Tenggara menghadapi cabaran yang unik. Oleh kerana kekurangan struktur ini, terdapat pelbagai penyelesaian pembayaran telah disediakan di rantau ini.

COD (bayar semasa hantar) ditawarkan oleh lebih daripada 80 peratus pedagang dalam talian di Vietnam dan Filipina. Pemindahan bank adalah satu lagi kaedah pembayaran popular di seluruh Asia Tenggara dengan masing-masing seba­nyak 94 peratus, 86 peratus, dan 79 peratus pedagang di Indonesia, Vietnam, dan Thailand.

Setiap negara memaparkan corak sangat berbeza yang menonjolkan cabaran yang dihadapi oleh peniaga apabila berkembang. Oleh itu, adalah penting untuk peniaga menjadi fleksibel dan memastikan bahawa mereka dapat memenuhi ke­perluan setiap pasaran yang unik.

Halangan mesti diatasi untuk merealisasikan potensi digital di Malaysia dan Asia Tenggara

Antara cabaran yang paling mendesak menghalang pertumbuhan ekonomi internet adalah kekurangan bakat tempatan. Kekurangan pakar tempatan te­lah memaksa perniagaan membuka peluang pekerjaan kepada ekspatriat dari negara lain se­perti China, India, dan Amerika Syarikat (AS) yang mana bakat teratas lebih mudah didapati.

Syarikat-syarikat yang ber­kembang perlu membuat keputusan yang sukar untuk memilih antara orang asing yang berpe­ngalaman atau penduduk setempat yang memahami konteks setempat tetapi tidak mempu­nyai pengalaman. Tanggapan terhadap cabaran-cabaran ini oleh usahawan telah bercampur-campur disebabkan oleh kepelbagaian ekonomi dan bahawa tidak ada satu saiz penyelesaian yang sesuai untuk memenuhi cabaran ini di Asia Tenggara.

Walaupun sangat mencabar, masa depan ekonomi digital tetap cerah kerana kerajaan dan institusi pendidikan di seluruh rantau ini telah mengambil inisiatif untuk mengisi jurang yang wujud. Contohnya adalah Malaysia yang mana mereka telah komited menghasilkan sumber yang penting untuk memastikan institusi pengajian tinggi mempunyai keupayaan mengeluarkan graduan berkualiti tinggi dalam teknologi digital.

Ia juga satu galakkan untuk mengetahui bahawa pelbagai rakan sekutu yang didorong oleh pres­tasi bagi membolehkan pemain e-dagang mempunyai keupayaan untuk memperoleh kepakaran tempatan melalui perkongsian. Pemain utama di rantau ini seperti Lazada adalah contoh yang baik kerana mereka secara aktif bekerjasama dengan rakan tempatan untuk mengembangkan pangkalan pelanggan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Lazada eLogistics (LEL) & Pengasas bersama Lazada, Pierre Poignant menyatakan Lazada sudah be­kerja dengan lebih daripada 100 syarikat dalam penghantaran dan logistik rentas sempadan di rantau ini.

Jeremy Chew adalah Pemasar Kandungan Kanan iPrice Group https://iprice.my/.