Pengarah Negara Jobstreet.com Malaysia, Gan Bock Herm berkata, ia susulan peningkatan permintaan bagi bakat dengan kemahiran digital.


Namun begitu katanya, terdapat kekurangan bekalan dalam pasaran kerana banyak organisasi sudah memulakan perjalanan transformasi digital mereka.


“Organisasi seharusnya memperkukuhkan kebolehan inovasi dan teknologi bagi memanfaatkan pertumbuhan dan mereka memerlukan bakat-bakat berkemahiran untuk menyokong pertumbuhan perniagaan,” katanya pada sesi taklimat Prospek Pekerjaan 2019 Jobstreet.com di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE