Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

L&G rancang lancar dua projek GDV RM710 juta

.
.

KUALA LUMPUR 13 Sept. – Land & General Bhd. (L&G) merancang melancarkan dua projek pembangunan baharu dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) RM710 juta bagi tahun kewangan 2018.

Pengarah Urusan L&G, Low Gay Teck berkata, dua projek tersebut adalah fasa pertama Sena Parc, Senawang pada November ini dan fasa kedua Damansara Seresta, Sri Damansara pada Februari tahun depan.

“Sena Parc dengan GDV RM230 juta akan menyediakan sebanyak 533 unit teres dan rumah berkembar, sementara Damansara Seresta dengan GDV RM480 juta pula sejumlah 452 unit kondominium,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-54 syarikat itu di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pe­ngerusi L&G, Datuk Zainal Abidin Putih; Ketua Pegawai Kewangan L&G, Wong Keet Loy dan Penasihat Korporat syarikat itu, Tan Boon Siong.

L&G merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM69.75 juta serta pendapatan berjumlah RM42.65 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2017 meskipun berdepan kelembapan pasaran hartanah.

Gay Teck berkata, walaupun landskap hartanah mencabar pada tahun kewangan 2017 namun kumpulan berjaya mencatatkan prestasi yang baik dengan keuntungan selepas cukai sebanyak RM51.56 juta.

“Prestasi itu disokong oleh strategi perniagaan yang berkesan, pelaburan berhati-hati, pengurusan ri­siko yang ketat dan komitmen kami untuk menyampaikan nilai mapan kepada pemegang saham,” ujarnya.

Tambah beliau, kumpulan ya­kin prospek pasaran hartanah akan kembali pulih secara perlahan-lahan dibantu oleh dagang­an, pengeluaran perindustrian dan pembuatan serta harga komoditi yang mengukuh.

“Sudah tentu pasaran tidak begitu memberangsangkan seperti tiga tahun lalu, tetapi ia telah bertambah baik kerana tahap pembeli berpotensi dan jualan syarikat adalah memberansangkan,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain