Jumlah keseluruhan agihan dividen adalah sebanyak RM47.31 bilion, turun 1.70 peratus berbanding pada 2017.

“Dengan purata kadar dividen sebenar bagi tiga tahun berturut-turut sebanyak 3.93 peratus melebihi kadar inflasi untuk Simpanan Konvensional dan 3.68 peratus untuk Simpanan Syariah, KWSP telah menjangkaui mandatnya untuk mengisytiharkan 2.5 peratus dividen setiap tahun dan tidak kurang dari dua peratus bagi dividen sebenar untuk purata tiga tahun,” kata KWSP dalam kenyataan hari ini. - BERNAMA