Ini termasuklah buat pertama kalinya, mereka memperkenalkan sebuah gerabak yang mengandungi 32 tempat duduk penumpang bertaraf kelas bisnes dengan pelbagai kemudahan yang lebih selesa termasuk skrin dan tayangan video, kemudahan WiFi percuma dan sebagainya lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Mohd. Rani Hisham Samsuddin berkata, unit-unit baharu ETS itu dijangka memulakan perkhidmatan pada Oktober ini selepas menjalani ujian penyesuaian selama sebulan.

“Unit-unit baharu ini dijangka menjadi pilihan orang ramai yang inginkan satu perjalanan yang selesa dan cepat di samping harga tambang yang berpatutan.

“Semuanya untuk perkhidmatan laluan ETS dari Gemas-Padang Besar, Gemas-Johor Bahru, Kuala Lumpur-Butterworth dan Kuala Lumpur–Ipoh,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Ibu pejabat KTMB di Jalan Hishamuddin, di sini hari ini.

Majlis dirasmikan oleh Pengerusi KTMB, Datuk Ir. Nawawi Ahmad yang dihadiri lebih 1,000 pegawai dan kakitangan KTMB. UTUSAN ONLINE