KPJ juga mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM155.9 juta pada 2016 berbanding RM145.1 juta pada tahun sebelumnya, iaitu peningkatan sebanyak 7.4 peratus, biarpun berdepan cabaran ekonomi global tidak menentu pada tahun lalu.

Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp) yang juga Pengerusi KPJ, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim berkata, peningkatan hasil itu disumbang menerusi komitmen KPJ yang terus membuat pelbagai pelaburan dalam projek pembangunan berkaitan hospital.

“Menerusi pengembangan itu, ia mampu memperluaskan lagi perkhidmatan yang kami tawarkan kepada rakyat di seluruh negara selain memperkukuhkan kedudukan KPJ sebagai penyedia perkhidmatan kesihatan negara.

“Langkah itu juga membolehkan kami mampu terus menjana nilai jangka panjang yang memberansangkan,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan Ke-24 KPJ di Hotel Puteri Pacific, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE