Anugerah Khas itu dianugerahkan kepada Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad selepas menunjukkan pencapaian cemerlang dalam aktiviti pelaburan dan pemborongan dengan menunjukkan perolehan berjumlah RM778,882,000 selain memiliki aset bernilai RM5 bilion.

Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad pula dianugerahkan Anugerah Koperasi Terbaik Sektor Perkhidmatan Kewangan manakala Koperasi NLFCS Berhad memperoleh Anugerah Koperasi Terbaik Sektor Perladangan; dan Koperasi Tenaga Nasional Berhad (Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan).

Selain itu, Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad dinobatkan sebagai koperasi terbaik bagi Sektor Pembangunan Hartanah dan Industri Hartanah manakala Koperasi Jabatan Penjara Kuala Lumpur Berhad (Sektor Pemborongan dan Peruncitan); Koperasi Serbaguna Iman Malaysia (Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani) dan Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur Berhad (Koperasi Sekolah).

Pengerusi Koperasi Tenaga Nasional Berhad, Raja Hang Tuah Raja Iskandar dianugerahkan Tokoh Koperasi Wilayah Persekutuan 2017.

Anugerah-anugerah tersebut disampaikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. - UTUSAN ONLINE