Malah Pengerusi KPF2 Datuk Muzzammil Mohd.Nor berkata, pendapatan KPF2 turut meningkat dengan perolehan sebanyak RM5.7 juta pada tahun lepas.

“Sewaktu tahun pertama KPF2 hanya memberi dividen kepada ahli sebanyak satu peratus dan meningkat dari semasa ke semasa.Ini dapat menambah keyakinan kepada ahli-ahlinya untuk membuat lebih caruman pada masa akan datang,” katanya semasa menghadiri majlis PerasmianMesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke-6 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE