Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn. Bhd., T. S. Santharuban ber­kata, kesemua varian kopi tersebut hanya boleh didapati secara eksklusif di kedai-kedai serbaneka terpilih.

Beliau berkata, varian Colom­bian Coffee hanya terdapat di rangkaian kedai Shell Select de­ngan tawaran ‘beli dua percuma dua’ sehingga 1 September sementara Brazilian Coffee boleh didapati di kedai 7-Eleven pada harga promosi khas RM1.20 setin.

“Sementara itu, Indonesian Mandheling Coffee dijual secara eksklusif di Kedai Mesra Petronas dan orang ramai turut berpeluang memenangi kad petrol percuma bernilai RM5,000 sehingga Khamis ini. Sebanyak tiga pemenang akan dipilih setiap hari.

“Bagi menyertai kad petrol percuma, pelanggan perlu membeli dua tin Kopi Wonda dalam satu resit dan hantarkan butiran peribadi melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Senarai pemenang akan diumumkan di laman Facebook Wonda Coffee Malaysia,” katanya dalam kenyata­an di sini hari ini.

Tambah Santharuban, kese­mua promosi yang ditawarkan di Shell Select, 7-Eleven dan Kedai Mesra Petronas turut diperluaskan kepada rangkaian Kopi Wonda yang lain seperti Original, Mocha, Latte, Kopi Tarik dan Extra Presso.

Dalam pada itu, beliau memberi­tahu Kopi Wonda juga be­kerjasama de­ngan pelbagai pi­hak dalam meningkatkan keberkesanan promosi sempena IWCD seperti 99 Speedmart yang menawarkan harga RM1 setin selama dua hari sehingga 29 Ogos.

“Selain itu, KK Mart juga menyediakan promosi hebat iaitu ‘beli dua percuma satu’ sehingga 1 September. Bagi pembeli­an Domino’s 2 Pizza Deals yang bermula RM33 pula, pelanggan akan mendapat dua tin Wonda Extra Presso secara percuma dan tawaran ini sah sehingga 10 September sahaja.

“Bagi pengunjung pawagam TGV pula, mereka berpeluang mendapat tiket percuma apabila menunjukkan atau memohon kad TGV Cinema Movie Club de­ngan setiap pembelian Wonda Extra Presso hingga 31 Ogos. Orang ramai yang membuat tempahan melalui Grab sehingga 1 September akan mendapat pek edisi terhad rangkaian Wonda 100% Arabica Brew secara percuma,” ujarnya.

Kopi Wonda akan menempatkan papan iklan kreatif ‘Wonda Dispensing Billboard’ di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang Park bagi menyediakan kopi percuma daripada rangkaian Wonda 100% Arabica Brew edisi terhad kepada orang ramai.