Indeks itu diumumkan di Sidang Kemuncak Tahunan Rangkaian WE Dell Kelapan di San Francisco.

Ibu negara Malaysia itu secara keseluruhannya berada di tangga ke-41 dalam indeks yang memaparkan usaha 50 bandar utama global yang memupuk perkembangan usahawan wanita berpotensi tinggi (HPWE).

KL turut berada di tangga kelima dalam kategori pasaran, akses (6) dan bakat (8).

Malah, ia juga dinobatkan sebagai ’Bandar Raya Yang Perlu Diberi Perhatian’ sebagai mengiktiraf faktor penggalakkan perniagaan dan kemasyarakatan.

Selain KL, 12 bandar raya Asia Pasifik lain dalam tinjauan itu adalah Singapura, Jakarta, Beijing, Tokyo, Melbourne, Hong Kong, Bangalore, Delhi, Shanghai, Seoul, Sydney dan Taipei.

Singapura muncul satu-satunya bandar raya Asia dalam kelompok 10 teratas atau kelapan secara kese­luruhannya dan di tempat kelima kategori kecil kebudayaan, pemungkin persekitaran (6), modal (7) dan teknologi (10).

Kaji selidik WE Cities 2016 itu menyenaraikan bandar raya berdasarkan impak dasar, program dan ciri-ciri tempatan selain aspek perundangan kebangsaan dan kastam. – BERNAMA