Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, dengan kerjasama Healthcare Berhad (IHH), Khazanah berhasrat untuk mengangkat kedudukan PCMC menjadi sebuah hospital terkemuka yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan bertaraf dunia untuk pelancong perubatan.

Di bawah terma SPA dengan Petronas, Khazanah akan mengambil alih PCMC pada harga yang dipersetujui setara dengan penilaian pasaran yang perlu dibayar setelah selesai transaksi tersebut kelak.

Khazanah menjangkakan urus niaga tersebut akan dimuktamadkan menjelang akhir suku kedua 2018. - UTUSAN ONLINE