Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands (M) Holdings Bhd., Merrill Pereyra berkata, ini kerana pihaknya telah membuat tinjauan pasaran dan kajian terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sesuatu menu baharu.

Jelas beliau, setiap hidangan berkeju yang diperkenalkan sentiasa mendapat sambutan baik dalam kalangan penggemar setia KFC dan secara tidak langsung membantu melonjakkan jumlah jualan KFC.

“Dengan usaha bersungguh-sungguh dalam inovasi resipi serta menawarkan sesuatu yang unik dan digemari rakyat Malaysia, kami yakin akan berjaya dengan menu ini dan produk-produk lain pada masa hadapan.

“Selain itu, Keju 3 Rasa juga diperkenalkan sempena ketibaan Ramadan dan pasti akan menjadi pilihan ketika berbuka puasa,” katanya dalam sidang akhbar majlis pelancaran Keju 3 Rasa di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengurus Besar QSR Brands, Sharifah Musainah Syed Alwi.

Dalam pada itu, Sharifah Musainah berkata, Keju 3 Rasa adalah kesinambungan siri hidangan keju popular KFC yang menggabungkan tiga rasa iaitu pedas, masam dan keju menerusi gabungan sempurna antara keju cheddar, paprika, daun parsli dan limau nipis bagi menghasilkan pelbagai rasa unik.

Katanya, menu tersebut dihidangkan bersama ayam KFC Hot & Spicy atau Original dan terdapat dalam dua pilihan hidangan.

“Set dua ketul ayam berharga RM14.20 didatangkan dengan dua sos keju pedas masam, Coleslaw, Colonel Rice atau kentang putar serta minuman terbaharu KFC, Sjora Strawberi Kiwi manakala kombo lima ketul ayam berharga RM32.90 didatangkan dengan lima sos keju pedas masam, Loaded Potato Bowl dan dua minuman Sjora Strawberi Kiwi.

“Tawaran ini adalah terhad untuk tempoh enam minggu sahaja dan KFC Keju 3 Rasa boleh didapati di semua restoran KFC seluruh negara bermula esok,” ujarnya.