Pengarah Urusan Kumpulan QSR Brands, Datuk Seri Mohamed Azahari Kamil berkata, buat masa ini, terdapat lebih 320 restoran KFC dan Pizza Hut yang menawarkan perkhidmatan penghantaran menerusi landasan masing-masing.

“Dengan kerjasama ini, ia dijangka meningkatkan jumlah cawangan penghantaran KFC dan Pizza Hut di negara ini kepada 480 cawangan menjelang akhir 2018 seterusnya berkembang kepada 730 cawangan pada akhir 2019,” katanya dalam majlis pengumuman kerjasama di antara QSR Brands dan foodpanda di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE