Khairul Kamarudin
Khairul Kamarudin

Ketua Pegawai Eksekutif BHB, Khairul Kamarudin berkata, keuntungan bersih yang diagihkan kepada pemegang saham turut meningkat 2.8 peratus atau RM7.8 juta kepada RM286.8 juta bagi tempoh yang sama.

Beliau berkata, BHB yang juga satu-satunya syarikat pemilik kewangan Islam negara telah memulakan langkah kemampanan berdasarkan kepada lima tonggak asas iaitu pembiayaan bertanggungjawab; pertumbuhan inklusif; pembangunan bakat, pengetahuan dan kewangan Islam serta amalan dan pelaporan beretika.

“Kewangan Islam berada pada kedudukan terbaik untuk me­nerajui pertumbuhan inklusif yang memanfaatkan ekosistem kewangan yang bertanggungjawab.

“Komited kepada inisiatif Pengantara Berasaskan Nilai (VBI) oleh Bank Negara Malaysia, maka kewangan Islam dengan prinsip yang ada kekal re­levan dalam keada­an yang se­ma­­kin me­men­tingkan kese­jah­teraan ma­­syarakat dan alam sekitar dan beroperasi dalam sistem tadbir urus yang jelas.

“Unit operasi utama BHB iaitu Bank Islam pula akan meneruskan kedudukan sebagai VBI yang mencerminkan intipati sebenar kewangan Islam dengan penekanan lebih besar terhadap alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kumpulan Bank Islam telah merekodkan PBZT berjumlah RM367.8 juta iaitu peningkatan sebanyak 2.3 peratus atau RM8.1 juta berbanding tempoh sama pada tahun 2016 de­ngan institusi perbankan berkenaan terus mengekalkan pertumbuhan pembiayaannya de­ngan aset pembiayaan bersih tumbuh 11.5 peratus atau RM4.2 bilion untuk mencapai RM40.5 bilion pada 30 Jun 2017.

Deposit pelanggan dan akaun pelaburan sehingga akhir bulan Jun 2017 berada pada RM48.1 bilion de­ngan kenaikan tahun ke tahun sebanyak RM5.7 bilion atau 13.4 peratus.

Khairul berkata, Bank Islam akan terus memberi tumpuan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta rantaian bekalan, pengekalan kualiti aset dan pemacuan deposit di samping menerapkan teknologi pendigitalan.

“Bank Islam melalui kerjasama strategik dengan syarikat Cognizant yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) bakal melaksanakan asas platform perbankan digital di seluruh rangkaian bank tersebut dalam usaha membangunkan penyelesaian teknologi kewangan (fintech) seperti teknologi blockchain, saluran penyelesaian omni dan perbankan maya.