KUALA LUMPUR, 24 September 2017 - Datuk Nazri Mustafa pada Simposium
Nazri Mustafa

Peguambela dan Peguamcara Nazri Azmi Islinda, Datuk Nazri Mustafa berkata, namun kesedaran itu masih rendah jika diban­dingkan dengan kaum-kaum lain berikutan kurang mendapat pendedahan berkaitan pelaburan hartanah serta tidak berminat untuk membeli.

Katanya, masalah utama golongan bumiputera adalah kemampuan kerana sejak sekian lama dianggap sebagai bangsa subsidi.

“Kita selalu mengharapkan bantuan untuk mendapatkan se­suatu. Apabila bantuan berkenaan sedikit demi sedikit dihapuskan kita berasa susah yang akhirnya tidak mampu untuk berdiri sendiri.

“Keadaan ini sangat berbeza dengan bangsa lain kerana mereka tidak diberi keistimewaan berbanding bumipu­te­ra. Untuk mendapatkan sesuatu mereka perlu berusaha dan faktor inilah yang membantu mereka untuk berjaya,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia pada Simposium Hartanah Utusan 2017 (SHU 2017) di sini hari ini.

Nazri menambah, walaupun pemberian subsidi semakin berkurangan kerajaan tetap membantu melalui pemberian skim dan insentif kepada pembeli-pembeli hartanah.

Menurut beliau, antara contoh skim yang diperkenalkan adalah rumah mampu milik, pembelian rumah pertama dan pengecualian duti setem apabila menggunakan pembiayaan patuh Syariah.

“Yang menjadi ma­salah kepada golongan bumiputera adalah mereka tidak ambil tahu. Atas sebab itu pentingnya untuk menghadiri pelbagai seminar dan program seperti Simposium Hartanah Utusan 2017 (SHU 2017).

“Simposium ini mendedahkan orang ramai bagaimana untuk menjadi pelabur hartanah yang berjaya dengan membincangkan pelbagai aspek seperti kewangan, undang-undang dan trend semasa. Ambil peluang ini dengan sebaiknya dan menjadi peneraju hartanah bumiputera yang berjaya,” ujarnya.