Menterinya, Teresa Kok berkata, antara negara tersebut ialah Filipina, Iran, Afrika Barat dan Turki selain mengekalkan negara-negara sedia ada yang merupakan pembeli minyak sawit utama negara ini.

“Dalam usaha itu, Majlis Mi­nyak Sawit Malaysia (MPOC) akan dipertanggungjawabkan untuk menjalin hubungan dengan negara-negara berkenaan ke arah meningkatkan eksport industri sawit Malaysia” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis sesi konsultasi Bajet 2019 kementerian itu di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Zurinah Pawanteh.

Terdahulu majlis tersebut mel­i-
batkan seramai 180 orang wakil daripada pihak industri, persa­tuan dan pekebun kecil komoditi dengan Teresa menerima seba­nyak 119 kertas cadangan untuk diberi penelitian sebelum mengumumkan sasaran bagi Bajet 2019.

Mengulas lanjut berhubung sasaran Bajet 2019 kementeriannya, kata beliau, pihaknya termasuk enam agensi di bawah kementerian itu masih dalam proses perbincangan.

“Apa yang pasti sasaran untuk Bajet 2019 akan melebihi bajet sebelum ini dan ia lebih praktikal,” ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata, sesi konsultasi itu antara lain bertujuan memulihkan kewangan kerajaan, menjana pertumbuhan mampan dan mensejahterakan rakyat dengan fokus memformulasikan bajet.