Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

KAEDAH pemasaran terbaik yang sebenarnya ialah semua jenis kaedah. Ia tidak boleh tertumpu kepada hanya satu-satu jenis, kerana ia akan gagal. Pemasaran digital amat bergantung harap kepada keupayaan pemasaran tradisional untuk berjaya dan begitu juga sebaliknya.

Mempunyai laman web dan media sosial sahaja tidak akan mampu pergi jauh tanpa bantuan pemasaran tradisional yang lebih bersifat realiti. Realiti di sini bermaksud, apabila seseorang itu kembali ke alam nyata dan tidak lagi melihat telefon pintar yang ada, perhatian orang itu masih akan dapat dicuri walaupun seketika untuk melihat apa yang ingin kita tunjukkan.

Contoh kebergantungan ada­lah seperti ini. Anda mungkin sedar kebanyakan syarikat yang ada di luar sana kebiasaannya masih akan mencetak kemeja T mereka sendiri untuk membantu menyebarkan kesedaran terhadap jenama mereka sendiri sama ada melalui warna, lukisan logo, alamat laman web ataupun penulisan ayat-ayat yang menarik walaupun mereka mempunyai media sosial dan laman web yang terkenal.

Seolah-olah kini menjadi satu trend pula untuk mempunyai kemeja T sendiri. Malah syarikat-syarikat kecil juga mula mengikut trend ini bagi meningkatkan kredibiliti jenama mereka di mata pasaran.

Gambaran yang seolah-olah jenama mereka sebagai satu jenama yang besar perlu ditonjolkan agar pasaran lebih yakin dalam membuat pembelian dan kemeja T merupakan satu cara mudah yang mampu memberikan impak tinggi untuk senang diingati dan me­ninggalkan kesan berpanja­ngan. Bagaimana caranya?

Perlu berwarna hitam

Terdapat beberapa sebab kenapa anda harus menyediakan kemeja T berwarna hitam sahaja atau mempunyai kuantiti yang jauh lebih banyak berbanding warna-warna lain. Pertama, ia sesuai untuk dipadankan dengan apa sahaja warna seluar yang ada. Kedua, ia sukar untuk kelihatan kotor dan amat neutral dalam apa jua acara.

Ketiga, orang ramai lebih gemar memakai kemeja T berwarna hitam kerana ia akan membuatkan mereka kelihatan lebih kurus. Bentuk badan mereka yang sebenar akan lebih terselindung terutamanya pada waktu malam. Keempat, ia akan membuatkan mata seseorang akan tertumpu kepada apa yang bakal anda tulis atau cetak di atas kemeja T itu nanti.

Corak yang paling mudah

Anda tidak perlu melukis pelbagai bentuk corak di kemeja T untuk kelihatan menarik. Cara yang paling terbaik ialah untuk tidak melukis apa-apa corak langsung kerana ia akan mengganggu fokus orang ramai yang melihat mesej yang anda bakal tulis pada kemeja T itu. Ini sangat penting.

Lima saat yang bernilai

Pandangan orang ramai akan tertumpu kepada apa sahaja yang mereka pandang di sekeliling mereka dan mereka pasti akan melihat anda sekiranya anda berada dekat dengan mereka. Objek pertama sekali yang akan mereka lihat ialah baju yang anda pakai. Tidak kisah sama ada mereka betul-betul melihat atau hanya terlihat, ia sudah cukup bagus dan anda hanya mempunyai masa tidak sampai lima saat untuk berbuat sesuatu setelah mereka melihat atau terlihat kemeja T anda itu.

Mesej anda perlu panjangkan perhatian mereka

Anda perlu berhati-hati dengan apa yang bakal anda tulis atau lukiskan pada kemeja T anda, kerana kandungan ini akan menentukan sama ada mereka akan terus tertarik untuk melihat dengan lebih lama ataupun terus mengalih perhatian kepada benda lain.

Jadi, anda boleh memilih untuk meletakkan logo, slogan jenama anda, bahan yang bersinar atau apa sahaja yang anda fikirkan sesuai yang bakal menambah perhatian orang yang melihat kemeja T anda itu akan memberikan perhatian lebih lama lagi.

Mengapa mereka akan melihat dengan lebih lama? Sebab-sebab utama ialah mereka tidak berapa jelas apa yang mereka perhatikan tadi dan ingin memahami apa yang tertulis atau dilukis di kemeja T anda itu. Atau mungkin juga mereka tertarik dengan logo anda yang unik itu.

Atau mungkin juga mereka tertarik dengan kata-kata yang tertulis pada kemeja T anda yang membuatkan emosi mereka tersentuh sama ada gembira, sedih, tidak puas hati, marah ataupun membuatkan mereka berfikir.

Apa pun jangan sia-siakan kos kemeja T anda. Pastikan mereka akan teringat kepada jenama anda setelah melihat baju yang dipakai, ini objektif anda yang sebenar.

AZLEEN ABDUL RAHIM adalah Pakar Pemasaran Digital. Ikuti pandangan beliau di azleen.com

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain