jabatan perangkaan logo
 

Dalam kenyataan hari ini, Jabatan Perangkaan menyatakan sektor pekebun kecil merupakan penyumbang utama pengeluaran berkenaan iaitu 92.9 peratus.

Harga purata bulanan lateks pekat juga meningkat 77.43 sen sekilogram kepada 615.88 sen sekilogram berbanding bulan sebelumnya.

Sementara itu, bagi Getah Mutu Malaysia 20, harga purata bulanannya turut meningkat sebanyak 127.39 sen sekilogram kepada 839.55 sen sekilogram.

Eksport getah asli Malaysia pula menokok 12.4 peratus kepada 61,380 tan pada Disember berbanding November, kata jabatan itu.

Lima destinasi utama eksport getah asli adalah China iaitu sebanyak 51.1 peratus diikuti Jerman (13.5 peratus), Iran (7.1 peratus), Amerika Syarikat (3.3 peratus) manakala Finland (2.8 peratus).

Penggunaan domestik getah asli pula susut 0.9 peratus kepada 40,838 tan bagi tempoh sama manakala industri sarung tangan getah kekal sebagai pengguna domestik utama bagi getah asli iaitu sebanyak 74.9 peratus.

Menurut jabatan itu, paras stok getah asli pada akhir Disember 2016 meningkat sebanyak 10.4 peratus kepada 203,451 tan daripada 184,265 tan pada November. – BERNAMA