Katanya menerusi kenyataan dalam laman Facebook beliau hari ini, penurunan itu berlaku lebih-lebih lagi selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), apabila Pakatan Harapan (PH) menjadi Kerajaan Pusat.

Beliau turut berkongsi lampiran dipetik daripada syarikat media Bloomberg yang memperlihatkan kejatuhan ketara pelaburan ekuiti Tabung Haji sepanjang 2018.

“Melihat perkembangan semalam dan pagi ini, Tabung Haji akan mengumumkan hibah untuk tahun 2018 tidak lama lagi, tetapi kadar hibah dijangka akan sangat rendah.

“Pada tempoh pengumuman hibah ini, kerajaan PH tentu membuat pelbagai cerita untuk menyalahkan kerajaan Barisan Nasional dahulu sebagai alasan kadar hibah rendah,” katanya.

Tambahnya, prestasi pasaran ekuiti itu dilihat menjadi faktor utama yang akan menyebabkan hibah rendah bagi tahun 2018, bukannya kerana defisit atau apa-apa penyelewengan. -UTUSAN ONLINE